Wednesday, July 22, 2009

bandung










25 03 2009.- Jakarta. Menginap di Kost sekitar Kuningan. Berhampiran dengan Ambassador Mall. Terdapat tempat untuk spa yang murah (IDR 150 000 massage dan lulur satu badan)disekitar Mall. Jalan kaki saja.
Lepak sekejap, rumah kawan di Jakarta. Dapat makan biskut berintikan tapai singkong (ubi kayu) bersalut telurrr...sedaapp muaaahhh..


Keluar pusing-pusing di sekitar Chempaka Mas salah satu tempat beli belah seperti Tanah Abang. Harga barang tidak semurah Tanah Abang. Kemudian ke Stesyen Keretapi. Suatu pengalaman yang menarik dan pemandangan yang cantik degnan naik keretapi dari Jakarta ke Bandung macam Ekspress Rakyat la ada nombor tempat duduk . Jangka masa perjalanan hampir 3 jam dengan IDR 55000. Terdapat makan yang diberi secara percuma dan ada juga dijual.


Monas tugu yang diagungkan oleh rakyat Indonesia.

Jalan kaki saja dari stesyen keretapi tak jauh.










Setiba di Bandung Check -in di Hotel Gurame.
IDR 175 000 include breakfast nasi goreng + teh sosro (teh o yang berbau bunga melur). Sewa van IDR 350 000 sehari .






Start shopping dari Pasar Baru. Memang banyak kedai jual kain Lace dan Cotton (Japenese / Swiss/ English / India ) murah ke mahal ke semua ada. Lagi banyak dari Tanah Abang. Food Court dan surau kat tingkat atas Pasar Baru lunch makan Ikan Gurame bakar boleh tahan la. Lepak sekejap, pergi Heritage, Summit, 4 Men, Terminal Tas semuanya berdekatan saja. Makan malam kat Dapur Sangkuriang.



Besoknya ke Tangkuban Perahu. Perjalanan jauh jugak lebih 45 minit dari hotel bertolak awal pagi (sbb tak ramai orang dan jauh) nak ke puncak kena bayar lagi. Ramai penjual kat puncak gunung, pening dibuatnyer.
Kalau mau beli kasi tawar habisss....Turun dari Tangkuban Perahu terdapat kolam air panas boleh mandi tapi tak sempat singgah sbb nak sambung shopping lagi.
Tak sempat nak ke Kampung Daun makan saja di Dapur Sangkuriang. Terdapat juga tempat makan lain seperti Ampera bersebelahan dengan Hotel Sukajadi dan Pak Chek Mek seberang jalan sahaja. Kedua-dua tempat makan ni sememangnya berdekatan dengan Paris Van Java. Jalan kaki saja.
Lepas makan ke House of Donatello (kasut), Grande, Blossom, Rumah Mode dan Toko 3 ( jeans sahaja) dan ke Jeans Street. Jl Cihempelas.
Habis shopping di Bandung naik train balik jakarta.
Besoknyer Shopping di Tanah Abg satu hari
Pas tu besok paginyer balik ke Malaysia.



































































































No comments:

Post a Comment